Saturday, 16 May 2015

MADU LEBAH


Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:

1) Kulit, Rambut dan Mata
Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman.
Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda.

2) Sistem Penghadaman
Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.

3) Sistem Pernafasan dan Kerongkong
Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.

4) Tenaga Badan
Menguatkan badan wanita mengandung. Madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.
Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak.

5) Gizi Makanan
Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan.

6) Lain-lain penyakit:
- Asma                      
- Haid                    
- Resdung
- Alahan                  
- Jerawat                      
- Rambut gugur
- Barah                     
- Letih                   
- Sakit kepala
- Buasir                    
- Lendir kahak        
- Sakit pinggang
- Batuk kering 
- Lemah jantung       
- Batuk                    
- Mata                     
- Sukar tidur
- Darah Tinggi       
- Pening  
- Gastrik                    
- Penyeri muka    

No comments:

Post a Comment