Saturday, 16 May 2015

MADU KELULUT

MADU KELULUT
Madu kelulut lebih jernih dari madu lebah hutan biasa. Rasanya manis bercampur sedikit masam.
  • Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  • Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.( PETIKAN DARI AKHBAR UTUSAN)
  • LEBAH KELULUT merupakan lebah yang bersaiz kecil berbanding lebah madu yang biasa kita lihat. Lebah kelulut juga mempunyai habitat yang agak pelik iaitu dalam tunggul-tunggul kayu. Maka tidak hairanlah kenapa para pengusaha menggunakan rumah kotak yang diperbuat daripada kayu sebagai pelindung koloni lebah kelulut. SEPERTI GAMBAR DIBAWAH
  • Lebah jenis ini tidak menyengat seperti lebah biasa. Maka, tidak perlu risau untuk risiko terkena sengatan berbahaya.
  • Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.

Antara Khasiat Madu Kelulut Yang Ajaib
    • Kencing manis
    • Strok
    • Kanser
    • Hipertension
    • Gaut
    • Sakit sendi
    • Kuatkan tenaga batin
    • Anti penuaan
    • Jerawat
    • Kudis, kurap atau jangkitan kulat pada kulit
    • Tingkatkan metabolisme
    • Memulihkan kecederaan dalaman
PROPOLIS LEBAH KELULUT
  • Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.
  • PROPOPLIS, iaitu sejenis bahan melekit berwarna perang yang diperbuat daripada resin pokok-pokok serta air liurnya sendiri bukan sahaja membolehkan lebah memastikan sarangnya sentiasa disteril dan bebas kuman.
  • Menurut Pakar Kaji Serangga atau Entomologi, Mokhtaruddin Husain, propolis atau nama lainnya penisilin Rusia merupakan satu lagi anugerah alam dan keajaiban daripada sarang lebah.
  • ``Kajian mengesahkan bahawa propolis telah digunakan sebagai ubat oleh masyarakat purba sejak kira-kira 350 tahun Sebelum Masihi hingga ke zaman Aristotle. 
  • UBAT GIGI COLGATE YANG MENGGUNAKAN PROPOLIS

  • Colgate, yang terkenal kerana kepakaran dalam penjagaan kesihatan mulut, dengan bangganya memperkenalkan  ubat gigi.Colgate Propolis yang sudah teruji dan terbukti menawan hati pengguna Malaysia ( UTUSAN MALAYSIA)
  • Ini adalah inovasi yang benar-benar unik. Buat pertama kalinya, propolis, yang diketahui menyuburkan gusi, digabungkan dengan formula kalsium dan fluorida Colgate yang sudah terbukti, dalam ubat gigi gel kuning keemasan yang menyegarkan.


No comments:

Post a Comment